Tuesday, January 19, 2010

Still Gazing The Way You Grow, From Far.


"Siap-siap cepat, dik!"

"Nak gi mana, Mi?"

"Kan kita nak gi jumpa abang, semalam Ummi dah cakap."

"Yeay yeay!! Agak-agak abang sihat tak, Mi?"

"Kita gi jumpa abang and tengok dia sihat ke tak, k?"

Adik mengangguk kecil lagak gadis jepun dalam drama TV. Pagi-pagi lagi Ummi riuh, kosongkan mesin basuh untuk beri ruang membasuh baju kotor Zaki. Sudah seminggu adik lelaki itu di asrama itu, Along rindu. Along sedikit risau bila teringatkan kata AJ di entry yang lepas, doa Along agar dia tidur mati agar tidak sempat menangis di bawah selimut tiap kali tidur malamnya. Hm.


"Abang mana, Mi?"

"Tunggu dulu dik, biar Ayah cari jap."

"Abang kat mana, Mi?"

"Ummi tak tau. Ayah tengah cari la tuh."

Hari itu hari terakhir minggu adaptasi Zaki. Pastinya dia masih lagi dalam program-program yang dikendalikan abang-abang senior sekolah. Zaki sudah biasa bergaul dengan orang yang lebih tua dari usianya, somehow I was so sure he's having a great time with the seniors biarpun, ya, dia bakal dibuli. Adat pelajar baru. Tapi punya abang lebih dari satu di sekolah ini, Along yakin itu yang Zaki mahukan :')

Setelah setengah jam mencari, akhirnya Ayah diberitahu bahawa Zaki di dewan sekolah. Bergeraklah kami menunggu di depan dewan, masing-masing menahan resah. Kelibat pelajar pertama yang keluar dari dewan menyebabkan Adik keluar meluru dari kereta menuju ke barisan pelajar-pelajar lelaki tersebut, tak sempat ditahan oleh Ayah & Ummi. Bimbang Adik menganggu barisan, Ummi menyuruh Ayah keluar menemankan Adik. Along ketawa kecil, masih menahan resah rindu.

"Tengok Adik tengok Abang, Mi."

"Along! Along! Kita nampak Abang dulu tadi, Abang tak nampak kita pun!"

He looked tired. Tired but happy. Dia salam tangan Along, tanya bila sampai rumah, lama tak cuti, Along sihat ke tak -- sebelum sempat Along bertanyakan dia sepatutnya. Nah, itu semua buat Along tersentuh, buat Along mahu rangkul saja badan sekeping itu tapi ya, dibiarkan saja. Masih risau dengan apa yang AJ pesan -_-"

"Kita cari tempat duduk dulu, boleh makan. Ayah beli KFC ni."

"Wah! KFC! Sangat menghargai!"

Ketawaku terbahak mendengar penggunaan tatabahasa Zaki. Baru seminggu, bang. Baguslah, karangan pasti easy peasy lemon squeezy pasni, hihi.

"Adik, bagi Abang makan dulu."

"Ala."

"Kan adik dah makan tadi? Habis chicky meal sesorang?"

"Ala."

"Meh dengan kak long meh. Duduk sini. Dengar Abang cerita."

"Asyik Abannnnng je."

"Ye la, adik kat rumah, hari-hari boleh mintak KFC. Bagilah kat abang yang ini."

Listening to what Zaki had to tell us was very hm,fascinating. Ada juga yang dia kesalkan, bukan kerana tidak cukup tidur tapi lebih kenapa abang-abang senior perlu menengking dalam setiap ucap. Itu yang diulang tiap kali. Mungkin sampai kini, dia tak mengerti relevannya ketegasan itu. Puas Ayah memujuk, "Untuk seminggu dua je ni, sabar je lah."

"Kita nak cakap mende lain tapi bila abang tuh tempik kat kita, kita terus cakap mende lain."


Along tinggalkan mereka bertiga pabila Adik mula resah tidak diberi perhatian. Ikut kata hati, sangat malas berkejaran dengan Adik, nak-nak matahari sudah tinggi di tengahari. Tapi Adik berkeliaran di kawasan sekolah, seperti itu rumahnya, I couldn't watch her from afar. Not when she decided to play by the hillside.



"Jom dik, duduk dengan Abang. Along nak dengar apa Abang cerita."

"Alaa. Nanti takde sape nak cakap dengan adiiiiik!"

"Ikut turn la. Abang dulu. Then adik. Ok?"

"Nak main game kat handphone Along,boleh?"

"Tak boleh. Manade game kat phone Along tuh. Meh la duduk sini! Adiiik!"

Along mula hilang sabar. Salahkan hari terik. Adik sentap. Berlari ke arah seberang jalan. Along tak kuasa mengejar, dibiarkan saja. Ayah perasan drama kecil kami, akhirnya Ayah yang bermain kejar-kejar dengan Adik. Adik tiba-tiba melalak, berlari dari Ayah, kawasan sekolah lengang itu bergema dengan suara tangis Adik.

Great.

Ayah finally caught up with Adik, scooped her up and brought her into the car. Her cries went louder as I took over, trying to persuade her with my phone. Bergegar kereta keluarga. Nah, kalau awal-awal diberi tadi, tak perlu berdrama air mata. Salah kak long yang kedekut. Bukannya pakai blackberry pun lagi -_-"

Just great.

Along putus akal mahu memujuk, lagi disakat adik yang menangis. Penaakulan mantik di sini, lagi kuat adik meraung adalah sebab bukan main hebat lagi kak long dia menyakat. Sehingga ditegur dek Ummi Ayah, baru Along terkial-kial berhenti. Suka benar mencari pasal dengan budak kecik, ingat elok sangat perangai? T__T Zaki panggil dari luar kereta, memujuk adik keluar.

Along menjeling ke Adik tanpa hati perut, mulut muncung menjawab panggilan Zaki.

"Biar je dia, bang. Biasa sangat."

Walhal salah sendiri, salah kak long yang tipis sangat iman sabarnya. Zaki tetap memanggil adik,lembut. Adik akur, teresak-esak menuruni kereta besar menuju ke tempat Zaki.


She stopped crying instantly. Zaki sisirkan rambut adik ke belakang telinga. Masih bertanya lembut. Adik terkulat-kulat mahu mulakan kata. Mengadu hal sekolah pada abangnya. Dulu abangnya lah akan jaga hal ehwal tepi kain adiknya di sekolah, kini adik sendirian.

She misses her brother, and all we did was taking her away from him.
I have so much to learn from my younger siblings, I really do :')

And as for Zaki being there, I know he'll be just fine. No pictures with him pula that day, too engrossed with the fact he's really in boarding school haha.

He washed his own clothes, to Ummi's super surprise. Penat je mengosongkan mesin basuh segala, comel gila. Pintanya satu saja : mahu ampaian kecil untuk sidai tuala dalam bilik. Ah, I wish I could see how he make his bed and all tapi itu semua alasan untuk masuk asrama pelajar lelaki okeh niat tak betul -_-"

Zaki obviously made me proud when the next day he told Ummi (who went to visit him again!) he hurt his finger while ironing his uniforms.

At least he ironed it himself!
Ai em so proud of yu, lil' brotha!!!


Super proud and missing you.
Takde dah Along gosokkan baju kamu lagi, tsk.






I don't know why I tend to be so melancholic when I talk about them.
Do you?
:')



10 comments:

shasha said...

he is just so sweet...kite baca entry ni pun bergenang lak air mata la long...huhu

AEXO said...

so sweet!

unknown storyteller said...

alonggggg....
zaki sangat sweet!
beruntunglah siapa yang jadi girlfriend dia.

hahahahha..
tapi mesti kena tapisan penuh dari along nanti, kan? :p

tapi, betul. zaki sangat sweet.
cair hati dibuatnya....

Along said...

shasha, aexo, unknown storyteller -

i am lucky, am i? :')

mysweetlife said...

along..sgt sedih..kite selalu bc blog along..everytime along cite psl zaki..adik ..or ur family..cara along ulas tulah yg wat kite sedih.. (kite sedih - kuar air mate)

AEXO said...

lucky mcm lagu britney spears!

hAizi si bObOb said...

menangis lg skali bc entry al0ng.


huwaaaaaaa :'((

Anonymous said...

sedih sangat baca this entry :( way to go lil' bro. ecehh. mcm my bro pulak. way to go along!

Along said...

mysweetlife - hm, not my intention to make u cry, but i do tend to be melancholic about them..mungkin sbb terlalu kasih?

aexo - exactly~!

haizi - tak sengaja buat km nangis :|

anon - way to go for us ;)

reena said...

Nangis ok baca entry ni!